i.Pengenalan Perisian
AutoCAD
Selama
beberapa tahun AutoCAD telah berubah daripada program yang berasaskanDOS kepada
aplikasi tetingkap (Windows). AutoCAD 2007 meneruskan aliran ini dengan persembahan
dan ciri-ciri baru yang lebih banyak, menjadikan kerja melukis lebih mudah dan
berkesan. Dengan memberi tumpuan kepada sistem pengendalian tunggal, Autodesk mampu
mencipta AutoCAD yang lebih cekap dan pantas. Dengan tetingkap, pengguna mempunyai
kebebasan untuk menyusun paparan AutoCAD dengan mengklik dan memindahkan
kompunen-komponennya.
Lukisan
yang dibentuk melalui perisian ini boleh dipindahbentuk untuk kegunaan perisian
grafik yang lain melalui beberapa format seperti DXF ( Data Exchanged File),
IGES,dan SLD. Tambahan pula berbantukan perisian ini juga, berkemampuan untuk
membentukdan menganalisa model pepejal dalam kerja-kerja rekabentuk
kejuruteraan. Untuk memenuhi keperluan yang lebih canggih, perisian ini mampu
membawa penggun amengautomasikan kerja-kerja penggunaan pengaturcaraan sokongan
seperti LISP, dan ADS untuk membentuk arahan tambahan tersendiri.
ii.Kelebihan AutoCAD
Kerja
menyunting dan mengubahsuai lukisan boleh dilakukan dengan mudah dancepat. Hal
ini sangat berbeza dengan membuat lukisan kerja secara manual yang memerlukan
perkakas yang banyak yang serta mahal harganya, manakala jika menggunakan
perisian AutoCAD kerja yang dilakukan menjadi mudah dengan hanya menggunakan
peranti komputer sahaja tanpa membuang masa yang banyak.Selain itu, salinan lukisan
yang sama mutu boleh dicetak berulang kali. Lukisan kerja yang dihasilkan dari
perisian ini menyumbang faedah dari segi kualiti lukisan dan jikaberlaku
lukisan kerja terkoyak atau rosak disebabkan air atau kawasan lembap, ia boleh dicetak
lagi menggunakan pemplot (plotter).
Pada
masa yang sama, lukisan yang dihasilkan lebih kemas dan tepat.
Perintah-perintah (command) yang digunakan dalam perisian AutoCAD memberi
fungsi yang tepat dan sangat bersesuaian
dengan kehendak kerja melukis. Kelebihan yang ada dalam perisian ini
menggunakan perintah-perintah (command) yang sama dalam melakukanlukisan kerja
secara manual. Contohnya; garisan (line), bulatan (circle), lengkok (arc)
dansebagainya.Lukisan kerja boleh diplot dengan cepat dalam pelbagai skala dan
berwarna.
Terdapat
peranti yang digunakan untuk mengeluarkan hasil lukisan kerja seperti pencetak dan
pemplot. Peranti-peranti inilah yang akan mengeluarkan lukisan dengan cepat
pada skala dan warna yang telah dipilih serta mampu memplot dalam jenis saiz kertas
yang dikehendaki.Hasil kerja lukisan boleh disimpan dalam peranti storan seperti
cakera keras, cakeraliut atau cakera padat (CD), ‘pen-drive’ atau ‘thumb-drive’
dan sebagainya. Lukisan kerja yang dibuat dalam perisian AutoCAD membolehkan
ianya disimpan dengan selamat tidak memerlukan ruang yang luas untuk menyimpan
lukisan.
iii.Perintah Kendalian
Pengurusan Perisian AutoCAD
Tetingkap
program AutoCAD terbahagi kepada lima bahagian iaitu :
- Bar menu tarik turun ( pull down menu bar )
- Tolbar kekal dan tolbar apungan ( Docked and floating toolbars )
- Kawasan melukis ( Drawing area )
- Baris perintah ( Command line )
- Bar status ( Status bar )
i.
Menu Tarik Turun (Pull Down
Menu)
Kaedah
yang mudah difahami telah tersedia daripada bar menu tarik turun untuk mencapai
kawalan am dan persediaan AutoCAD. Dalam menu tersebut terdapat beberapa perintah
dan mempunyai fungsi yang merupakan suatu yang utama kepada AutoCAD. Item-item
pada menu melaksanakan empat fungsi asas seperti memaparkan pilihan-pilihan
menu tambahan. Selain itu, memaparkan kotak dialog yang mengandungi ‘setting’
yang boleh diubah, mengeluarkan arahan yang memerlukan ‘input’ papan kekunci
dan lukisan, dan juga menyediakan satu set tambahan tol-tol yang sama dan
terdapat pada tolbar ‘modify’ dantolbar ‘draw’.
Tolbar Piawai (Standard
Toolbar)
Tolbar
piawai biasanya dipaparkan pada sebelah atas tetingkap AutuCAD. Tolbar tersebut
memaparkan ikon-ikon serasi tetingkap seperti ‘new’, ‘open’, ‘save’, ‘print’,
‘printpreview’, ‘cut’, ‘copy’, ‘paste’, ‘undo’, ‘redo’ dan lain-lain.
Tolbar Ciri-ciri Objek
(Object Propeties Toolbar)
Spesifikasi
‘layer’ seperti warna, jenis dan ketebalan garisan serta status
‘layer’merupakan paparan daripada tolbar ciri-ciri objek. ‘Layer’ boleh dibayangkan
sebagai lapisan lut sinar yang boleh diaktifkan dan ditentukan spesifikasinya.
Contohnya, ‘layer’ teks digunakan untuk menempatkan segala jenis garisan objek,
manakala ‘layer’ dimensi untuk menempatkan pendimensian. Penggunaan ‘layer’
bagi kerja-kerja lukisan AutoCAD tiada terhadnya dan ia digalakkan untuk
kerja-kerja suntingan menjadi lebih mudah dan cepat.
Tolbar ‘Modify’ dan Tolbar
‘Draw’
Tolbar
‘modify’ dan tolbar ‘draw’ menyediakan ikon-ikon perintah untuk melukis objek baru
dan menyunting lukisan sedia ada.
Kawasan Melukis (Drawing
Area)
Kawasan
melukis merupakan ruang kerja untuk melukis. Ianya hamper memenuhi sebahagian
besar pada layer. Semua jenis lukisan yang dilukis akan terpapar pada kawasan
ini. Tetikus digunakan dan kursor rerambut silang akan kelihatan pada kawasan ini.
Selain itu, ‘scroll bar’ di sebelah kanan dan di sebelah bawah kanan berfungsi
untuk melaraskan pandangan. Titik koordinat pepenjuru kiri bawah dan koordinat
pepenjuru atas adalah penentu bagi dasar saiz kawasan melukis.
Baris Perintah (Command
Line)
Ruang
bagi memasukkan arahan atau perintah AutoCAD selain penggunaan menu tarik
turun, ia juga berfungsi sebagai memasukkan nilai atau respons yang dikehendaki
olehAutoCAD. Individu boleh memasukkan perintah menggunakan abjad pada papan
kekunci.Sesetengah perintah hanya memerlukan satu atau dua huruf awal untuk
mengaktifkan perintah, contohnya, perintah ‘line’ hanya taipkan sahaja ‘L’ pada
baris perintah.
Bar Status (Status Bar)
Bar
status terletak di baris bawah tetingkap AutoCAD. Ia menunjukkan paparan koordinat,
kursor rerambut silang dan juga status butang ‘snap’, ‘grid’, ‘ortho’, polar’,
‘osnap’,‘otrack’, ‘line weight’ dan butang pilihan ‘mod model’ atau mod kertas.
b) Perintah Perisian AutoCAD
i.Garisan
(Line)digunakan untuk membuat garisan lurus atau garisan yang bersudut seperti
yang dikehendaki.
ii.Bulatan
(Circle) digunakan untuk membuat bulatan. Bulatan ini boleh ditetapkan dengan
beberapa pilihan syaratseperti :
•Titik
pusat dan jejari (Center, radius)
•Titik
pusat dan diameter (Center and diameter)iii.Lengkok (Arc)digunakan untuk
membuat garisan lengkok.
Osnap
merupakan
suatu kemudahan pada AutoCAD bagi menentukan titikpada satu-satu objek semasa pengubahsuaian.
Rajah
5.4.4 Ikon-ikon dan fungsi osnap
Ubahsuai (Modify)
i.Padam
(Erase )untuk memadam objek atau garisan dalam lukisan yang tidak dikehendaki.
Penggunaannya boleh didapati pada bar menu ’modify’-‘erase’ atau tolbar
‘erase’.
ii.Kemasan
(Trim)perintah ‘trim’ ialah untuk membuat kemasan atau potongan sebahagian
garisan pada objek atau lukisan.
c) Arahan (Command) AutoCAD
Bagi
penggunaan arahan (command) ianya dilakukan dengan mudah sekali kerana tidak perlu
untuk mencari pada menu bar. Contoh penggunaan arahan (command) :i.Tulis arahan
pada baris perintah (command line). Contoh ‘L’ untuk ‘Line’.
ii.Selepas
itu, tekan papan kekunci ‘enter’ atau ‘space bar’
.iii.Tentukan
titik permulaan bagi garisan (line) tersebut dan pilih panjang garisan dan seterusnya
tekan lagi sekali bagi menetapkan titik akhir bagi garisan tersebut.
Beberapa Arahan (Command)
AutoCAD
•A
=ARC
•AA=AREA
•AP=APPLOAD
•AR=ARRAY
•B=BLOCK
•BB=BREAK
•BH=BHATCH
•C=CIRCLE
•CC=COPY
•CH=CHANGE
•CL=CLAYER
•CM=CHAMFER
•D=DDLMODES
•DC=DDCHPROP
•DD=DDIM
•DE=DDEDIT
•DM=DIM
•DN=DONUT
•DS=DIST
•DT=DTEXT
•DU=DDUCS
•DI=DIVIDE
•DW=DVIEW
•DDE=DDEMODES
•DDI=DDINSERT
•DDM=DDMODIFY
•DDO=DDOSNAP
•DDP=DDPTYPE
•DDR=DDRENAME
•DDU=DDUNITS
•DWG=DWGNAME
•DDRR=DDRMODES
•E=ERASE
•EE=EXPLODE
•F=FILLET
•I=INSERT
•L=LINE
•LA=LAYER
•LI=LIST
•LS=LTSCALE
•LT=LINETYPE
•M=MOVE
•MI=MIRROR
•MS=MSPACE
•MV=MVSETUP
•O=OFFSET
•OO=OOPS
•OP=OPEN
•P=PAN
•PL=PLINE
•PN=PLAN
•PP=PEDIT
•PS=PSPACE
•PT=PLOT
•Q=SAVE
•QQ-QUIT
•R=REDRAWALL
•RE=REGENALL
•RR=ROTATE
•S=STYLE
•SC=SCALE
•SS=SOLID
•ST=STRECH
•T=TRIM
•U=UNDO
•UU=REDO
•CX=VPOINT
•W=VPORTS
•W=UCS
•WW=WBLOCK
•EX=EXTEND
•XX=XREF
•Z=ZOOM
•TR=TRIM
•ARRY=ARRY
•OR=ORBIT
•REC=RECTANGULER
•Ctrl
C=COPY CLIP
No comments:
Post a Comment