Lukisan Terbantu Komputer atau lebih dikenali
sebagai ‘Computer Aided Drafting’ (CAD).
Ianya merupakan satu perisian komputer yang menyumbang kepada penghasilan lukisan
kejuruteraan. Perisian CAD akan menjalankan arahan-arahan yang
diberikan,manakala perkakasan komputer melaksanakan perisian komputer.
Dr. Ivan Sutherland dari institute Teknologi
‘Massachusetts’ merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menghasilkan
lukisan dan reka bentuk melalui sistem CAD padatahun 1963 dan dipasarkan pada
tahun 1964. Sistem ini mampu menghasilkan produk yang berkualiti, cepat dan
pada masa yang sama ia menjimatkan kos. Di samping itu,perkembangan sistem CAD
menyumbang kepada pembangunan pesat pelbagai bidang,lantas menyebabkan CAD
menjadi pilihan utama kepada jurutera dan pereka bentuk.
Kelengkapan Dalam Sistem CAD
Kaedah
menghasilkan lukisan kejuruteraan boleh diklafikasikan kepada dua
1. .Secara
manual
2. Secara
CAD
Kelengkapan
dalam sistem CAD mengandungi komponen peranti masukan, peranti pemprosesan,
peranti keluaran dan peranti storan.
1. Peranti
masukan :
·
Papan kekunci
·
Tetikus
·
Pengimbas
2. Peranti
keluaran :
·
Monitor
·
Pencetak
·
Pemplot
3. Peranti
storan :
·
Cakera keras
·
Disket
·
CD
·
‘ Pen-drive’ dan sebagainya.
Perkakasan Komputer
1)
Peranti
Masukan
Sistem
CAD mampu menggunakan satu atau lebih kombinasi peranti masukan bagimembentuk
lukisan pada papan monitor. Peranti ini digunakan sebagai punca masukanarahan
dan data. Peranti masukan yang biasa digunakan adalah papan kekunci
dantetikus.Papan kekunci mempunyai ciri-ciri seperti kekunci huruf, angka dan
simbol.Manakala pergerakan kursor dikawal melalui tetikus. Tetikus merupakan
alat peranti yangmenggunakan bebola guling dan laser bahagian bawah untuk
mengesan pergerakan.
2)
Peranti
Keluaran
Lukisan
kejuruteraan yang dibentuk melalui perisian AutoCAD boleh dicetak
denganmenggunakan peranti keluaran seperti pencetak dan pemplot.Pencetak pencetak
boleh mencetak lukisan bersaiz A4 dan A3 berwarna atau hitam putih.Pemplot digunakan
untuk mencetak lukisan bersaiz A4 hingga AO.Terdapat pelbagai jenis pemplot
seperti pemplot pen, elektrostatik,microgrip dan yang terkini teknologi pemplot
laser.
3)
Peranti
Paparan
Peranti
paparan yang berinteraksi dengan pengguna CAD. Maklumat lukisan ataureka bentuk
dipaparkan pada peranti ini. Pengguna melukis dengan memasukkanmaklumat seperti
angka, huruf, simbol atau garisan melalui peranti masukan tetikus danpapan
kekunci.
4)
Peranti
Storan
Lukisan
CAD boleh disimpan dalam peranti storan data seperti cakera keras,
disket,cakera padat (CD), ‘pen-drive’, ‘thumb-drive’ dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment