Assalamualaikum

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Blog ini merupakan sepenuhnya milik Puan Shaziela Binti Ismail daripada Kolej Komuniti Kuala Terengganu yang bersedia membantu anda dalam Lukisan Terbantu Komputer (CAD).Modul STP 1042 iaitu Lukisan Terbantu Komputer (CADD) 1 merupakan satu modul yang wajib diambil oleh pelajar Program Sijil Teknologi Pembinaan di Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Kursus ini akan mendedahkan pelajar tentang pemahaman dan pendedahan asas terhadap penggunaan lukisan berkomputer 2D. Keperluan penggunaan komputer akan dapat membantu pelajar dalam menghasilkan lukisan kejuruteraan berbantukan komputer.

Tuesday, 14 October 2014

Arahan membuka tetingkap autocad

AutoCAD

Pengenalan

-  Lukisan Terbantu Komputer atau Computer Aided Drafting (CAD) merupakan satu perisian computer yang digunakan untuk menghasilkan lukisan kejuruteraan.
-   Diperkenalkan oleh Dr. Ivan Sutherland dari Institut Teknologi Massachusetts pada tahun 1963 dan dipasarkan pada tahun 1964.
Kelengkapan Dalam Sistem CAD
Antaranya ialah :

a)    Peranti masukan
  •          Papan kekunci, tetikus
b)    Peranti Keluaran
  •        Pencetak, pemplot, unit pemprosesan pusat (CPU)
c)    Peranti paparan (Display device)
  •          Monitor, LCD
d)    Peranti storan.(Storage Device)
  •       Cakera padat, disket
Kelebihan dan Kekurangan Sistem CAD
Kelebihan
Kekurangan
  • Kerja menyunting dan mengubahsuaian lebih mudah dan cepat.
  • Salinan lukisan yang sama mutu boleh dicetak berulangkali
  • Lukisan yang terhasil lebih kemas, tepat dan jitu
  • Lukisan boleh diplot dengan cepat dalam pelbagai skala dan warna
  • Hasil kerja lukisan boleh disimpan dan cakera keras, cakera liut dan cakera padat
  • Kos yang tinggi untuk pemasangan system CAD
  • Pengguna perlukan latihan kursus
  • Kos penubuhan system CAD tinggi
  • Sistem CAD bergantung sepenuhnya pada bekalan elektrik
  • Kos pengendalian dan penyelenggaraan system CAD tinggi
Memulakan Dan Menamatkan AutoCAD 2004
1.  Double klik pada ikon AutoCAD 2004
                            atau
Klik pada Start,klik pada ‘All Program’, dan pilih butang AutoCAD 2004.













2. Paparan tetingkap berikut akan terhasil.


Menyimpan Fail
  1. Klik  pada menu ‘File’ dan pilih arahan ‘Save’ atau klik pada ikon.
  2. Dialog box ‘ Save Drawing As’ terpapar



  1. Masukkan ‘File name’ dan klik butang ‘Save’.
Membuka Fail.

  1. Klik  pada menu ‘File’ dan pilih arahan ‘Open’ atau klik pada ikon.
  2. Double klik pada file yang dikehendakki dan lukisan akan terpapar.






Menamatkan Program AutoCAD 2004

  1. Klik pada menu ‘File’
  2. Pilih arahan ‘Exit’ dan klik
                 Atau

Klik ‘x’ pada pepenjuru atas sebelah kanan.


























Fungsi Kekunci ‘F’ (Function Key)

Kekunci F
Fungsi
F1
Mendapatkan bantuan (autoCAD Help)
F2
Skrin Grafik/teks
F3
Osnap On/Off
F4
Tablet On/off
F5
Isoplane Right/Left/Top (Untuk Lukisan Isometrik)
F6
Paparan Koordinat On/Off
F7
Grid On/Off
F8
Ortho On/Off
F9
Snap On/Off
F10
Polar On/Off
F11
Object Snap Tracking
ESC
Membatalkan arahan yang telah diberi dan kembali kepada command :


Tetingkap AutoCAD


Terbahagi kepada lima bahagian:

  • Bar Menu Tarik Turun ( Pull Down Menu Bar)
  • Tolbar kekal dan tolbar apungan (Docked and floating toolbars)
  • Kawasan Melukis (Drawing Area)
  • Baris Perintah (Command Line)
  • Bar Status (Status Bar)
Paparan Tetingkap AutoCAD


Paparan
Fungsi

a)Bar Menu TarikTurun
 ( Pull Down Menu Bar)


-terdapat pada bar menu
-4 fungsi asas :
a.     Memaparkan pilihan-pilihan menu tambahan
b.     Memaparkan kotak dialog yang mengandungi “setting” yang boleh diubah
c.      mengeluarkan arahan yang memerlukan input papan kekunci pada dan lukisan
d.     Menyediakan satu set tambahan tol-tol yang sama dan terdapat pada toolbar modify dan toolbar draw.


menu




b)  Tolbar Piawai
(Standard Toolbar)







  • Lazimnya dipaparkan pada sebelah atas tetingkap AutoCAD.
  • Memaparkan ikon-ikon seperti new,open, print,print preview,cut,copy,paste,undo,redo dan lain-lain.


c) Tolbar Ciri-ciri Objek
Object Properties Toolbar

  • Memaparkan spesifikasi layer seperti warna,jenis dan ketebalan garisan serta status











d) Tolbar Modify dan
    Tolbar Draw






  • Menyediakan ikon-ikon perintah untuk melukis objek baru dan menyunting lukisan sedia ada.

e) Baris Perintah
(Command line)


  • Ruang untuk memasukkan arahan dan perintah autoCAD selain penggunaan menu tarik turun.
  • Memasukkan nilai atau respons yang dikehendakki oleh AutoCAD


f) Bar Status
(Status Bar)

  • Terletak di baris bawah tetingkap AutoCAD
  • Menunjukkan paparan koordinat, kursor rerambut, silang dan status butang snap,grid,ortho, polar,osnap,otrack,line weight dan butang pilihan mod model atau mod kertas.
  • Butang-butang ini akan mengaktifkan perintah berkaitan jika butang kiri pada tetikus diklik sekali dna sekali lagi untuk kembali pada asal.









g) Ikon UCS
    (UCS icon)


  • Dikenali sebagai ikon Sistem Koordinat Pengguna atau User Coordinate System (UCS)


h)Kawasan Melukis     
  (Drawing Area)




  • Ruang kerja untuk melukis
  • Semua yang dilukis akan terpapar dikawasan ini
  • Saiz kawasan ditentukan  berdasarkan koordinat pepenjuru kiri bawah dan    pepenjuru kanan atas



1 comment:

  1. Lucky 7 Casino Review
    Read our 2021 Lucky 7 Casino 에그 벳 review to 마추 자 사이트 discover if you are looking to bet big pci 슬롯 and 우리바카라 see if it's right 벳인포해외배당흐름 for you. Lucky 7 casino has a huge welcome bonus.

    ReplyDelete